Zaman sekarang, student memang tak boleh lari daripada guna AI untuk mudahkan assignment, projek, dan ulangkaji. Kalau dulu kita kena struggle cari nota, sekarang AI dah jadi macam “assistant” yang sentiasa standby. Tapi, AI ni bukan one-size-fits-all. Lain bidang, lain tool yang sesuai. Berdasarkan review, feedback, dan perkongsian pelajar dari seluruh dunia (termasuk yang banyak share kat Reddit, TikTok, Twitter), inilah senarai AI terbaik ikut major masing-masing.
Engineering / Math / Physics

Untuk bidang yang banyak formula dan kira-kira, AI boleh jadi lifesaver :
- Wolfram Alpha – Penyelesaian step-by-step, sesuai nak verify jawapan atau belajar jalan kerja.
- Photomath – Snap je soalan, terus dapat jawapan + jalan kira. Senang kalau nak kira pantas.
- ChatGPT – Explain teori yang susah dengan cara lebih mudah + brainstorming projek.
- Khanmigo – Tutor gaya soal-jawab, sesuai untuk belajar dengan cara interaktif.
Humanities / Literature / History

Bidang yang heavy dengan penulisan & bacaan panjang memang perlukan AI ni :
- ChatGPT – Draft esei, bagi idea, atau kemaskan hujah.
- Grammarly – Pastikan grammar betul dan gaya penulisan smooth.
- QuillBot – Paraphrasing & elak plagiarism bila rewrite teks panjang.
- NotebookLM – Ringkas & susun bacaan panjang jadi lebih mudah difahami.
Business / Economics

Assignment bisnes banyak involve research & laporan rasmi, so AI ni wajib cuba :
- Perplexity AI – Research cepat, padat, siap dengan sumber.
- ChatGPT – Case study, laporan, brainstorming strategi.
- Grammarly – Bagi tulisan nampak profesional.
- NotebookLM – Senang simpan & ringkaskan kajian kes.
Law

Bidang undang-undang penuh dengan bacaan & penulisan formal. AI boleh tolong :
- Grammarly – Pastikan bahasa formal & error-free.
- ChatGPT – Susun hujah & explain istilah undang-undang.
- NotebookLM – Urus & ringkaskan teks undang-undang yang panjang.
Medicine / Biology / Health Sciences

Untuk medik & bio, AI paling berguna dalam hafalan & revision :
- Quizlet / Anki – Flashcard terbaik untuk hafal istilah & term panjang.
- Otter.ai – Record & transcribe kuliah supaya senang rujuk balik.
- ChatGPT – Terangkan proses biologi/medikal dengan cara lebih simple.
Design / Arts / Multimedia

Bidang kreatif memang seronok sebab AI boleh jadi partner untuk idea :
- DALL-E – Hasilkan imej kreatif ikut prompt.
- Canva AI – Auto-generate design poster, slide, atau visual marketing.
- ChatGPT – Bagi idea konsep, tulis tagline, atau content untuk projek seni.
Penutup
Kesimpulannya, AI bukan sekadar tool tambahan, tapi dah jadi macam partner study untuk student zaman sekarang. Apa yang penting, kita kena guna AI dengan bijak jadikan ia sebagai bantuan, bukan pengganti usaha kita. Sebab walaupun AI boleh bagi jalan pintas, ilmu yang kita dapat dari proses belajar tu tetap tak ternilai. Jadi, pilih AI yang paling sesuai dengan major kau, dan guna untuk boost prestasi belajar kau ke tahap yang lebih power!