Pembuka Kata
Teknologi baru memang menarik, tetapi tidak lari daripada isu teknikal. Dari telefon pintar sehingga laptop, ramai pengguna melaporkan masalah bateri, overheating, paparan, dan juga sokongan pelanggan. Artikel ini menghimpunkan 10 isu teknikal terkini daripada ulasan dan laporan sahih, beserta panduan pertolongan cemas dan cara pencegahan.
1. IPhone Air (Hayat bateri yang semakin pendek)

iPhone Air direka lebih nipis dan ringan, tetapi kapasiti bateri lebih kecil menyebabkan ramai pengguna mengadu bateri tidak bertahan sehari penuh
Punca : bateri kecil, beban app latar belakang, paparan terang.
First-aid : aktifkan Low Power Mode, turunkan kecerahan skrin, matikan lokasi bila tak perlu.
Pencegahan : guna pengecas asal, elak suhu panas, aktifkan Optimised Battery Charging.
2. Google Pixel 8 Pro & 9A (Kemerosotan bateri)

Selepas kemas kini keselamatan Mei 2025, pengguna Pixel 8 Pro & 9a melaporkan bateri habis dalam beberapa jam sahaja walaupun penggunaan ringan.
Punca : kerosakan perkakasan bateri / papan induk.
First-aid : cuba force restart atau cas dengan kabel asal.
Pencegahan : gunakan pengecas rasmi dan elak guna telefon semasa pengecasan intensif.
3. Google Pixel 10 (Overheating & CPU Throttling)

Walaupun penyejukan dipertingkat, penanda aras tunjuk CPU Pixel 10 jatuh sehingga 28% prestasi bila terlalu panas.
Punca : beban game, reka bentuk termal rapat.
First-aid : berhenti gunakan, keluarkan casing, biarkan sejuk.
Pencegahan : jangan main game berat semasa cas, gunakan cooling pad untuk laptop.
4. Sony Xperia 1 VII (Mati tiba-tiba)

Sony Xperia 1 VII mengalami isu di mana telefon mati sendiri atau gagal hidup semula. Sony sahkan masalah dan menawarkan penggantian percuma.
Punca : kerosakan perkakasan bateri / papan induk.
First-aid : cuba force restart atau cas dengan kabel asal.
Pencegahan : gunakan pengecas rasmi dan elak guna telefon semasa pengecasan intensif.
5. Dell 14 Plus (Paparan IPS kurang terang & backlight bleeding)

Walaupun berkuasa, laptop ini dikritik kerana layar suram dan backlight bleeding ketara.
Punca : panel IPS kos sederhana, pengilangan skrin.
First-aid : tingkatkan brightness, gunakan persekitaran pencahayaan baik.
Pencegahan : semak skrin semasa beli, simpan dokumen warranty.
6. Razer Blade 14 – 2025 (Hayat bateri pendek)

Laptop gaming ini hanya mampu 5 jam penggunaan biasa dan 2.25 jam untuk gaming.
Punca : GPU/CPU berkuasa tinggi makan banyak tenaga.
First-aid : aktifkan Battery Saver, turunkan brightness, gunakan mod Integrated GPU bila tidak gaming.
Pencegahan : bawa pengecas bila keluar, pilih model dengan bateri lebih besar jika perlu mobiliti.
7. Dell XPS 13 (Kualiti reka bentuk mengecewakan)

Model baharu dikritik kerana keyboard lembek, bar fungsi tak taktil, port terhad, dan audio kurang baik walaupun ada paparan OLED.
Punca : kompromi reka bentuk demi bentuk nipis.
First-aid : gunakan keyboard external atau dock hub USB-C.
Pencegahan : teliti spesifikasi sebelum beli, baca ulasan pengguna sebenar.
8. Samsung Galaxy S25 (Isu overheating & bateri cepat habis)

Ramai pengguna Galaxy S25 melaporkan telefon panas dan bateri drain laju selepas kemas kini One UI 7/Android 15, terutama bila guna app berat.
Punca : bug pada pengurusan kuasa lepas update, + aplikasi tertentu berat.
First-aid : restart telefon, hentikan app berat, semak Battery Usage, lapor isu dalam Samsung Members.
Pencegahan : tunggu beberapa hari sebelum update besar, elak app yang guna tenaga berlebihan.
9. Isu serius pada Razer Blade 16 – 2025

Pengguna melaporkan trackpad rosak, Synapse glitchy, masalah papan kekunci, serta sokongan pelanggan mengecewakan.
Punca : perisian Synapse tidak stabil, kualiti hardware.
First-aid : reinstall driver, disable Synapse, gunakan tetikus luar.
Pencegahan : beli melalui saluran rasmi untuk jaminan warranty lebih terjamin.
10. Microsoft Surface Pro 11 (Cas terhad pada 50%)

Selepas update firmware terbaru, Surface Pro 11 hanya boleh dicas maksimum 50%, tiada lagi pilihan ubah Battery Limit seperti dulu. Ini buat hayat bateri separuh sahaja.
Punca : firmware lock fungsi Battery Limit.
First-aid : tiada fix manual sekarang, hanya boleh hubungi Microsoft Support.
Pencegahan : semak nota update sebelum install, elak pasang firmware baru tanpa review.
Penutup Kata
Sekarang kita sudah lihat 12 peranti terkini bersama masalah teknikal yang paling kerap dihadapi pengguna daripada telefon pintar sehinggalah laptop. Setiap isu ada punca, langkah “first-aid”, dan cara pencegahan yang kita boleh ambil sebelum hantar untuk dibaiki.
Namun, kalau masalah masih berlarutan atau terlalu rumit, jangan risau.
OhhMyGadget Kulai sedia membantu anda menyelesaikan pelbagai isu hardware dan software untuk telefon, laptop, smartwatch, dan banyak lagi. Dengan pasukan teknikal berpengalaman dan perkhidmatan yang teliti, kami pastikan peranti anda kembali lancar, selamat, dan tahan lama.
Jadi, kalau anda alami masalah seperti yang kita bincangkan tadi, atau apa sahaja kerosakan lain, singgah saja ke OhhMyGadget Kulai. Kepuasan dan ketenangan hati anda adalah keutamaan kami.

Kunjungi kedai kami di 3038, Jalan Merbau 3, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor.
Hubungi kami : 013.729.7005
Ikuti kami di media sosial : @ohhmygadgetkulai